Saturday, 21 April 2012

Proton Preve'

Salam Semua.

Pertengahan Bulan April. Proton melancarkan kereta terbaru mereka. Proton Preve'. (sebutla mcm mana pun). Model 1.6cc Sedan. Aku selepas 4 hari di lancarkan baru berkesempatan pergi ke Showroom Proton untuk melihat kereta yang di katan kan Kereta Global Pertama Proton ni. Showroom sebelah Giant Shah Alam. 

Sblm ni aku tak kisah pun bila proton keluar model baru sbb mmg tak teringat nak tukar kereta. Ya la dua kereta klasik moden aku pun dah hampir nak habih bayar. Kancil & Ria. Tapi yang baru ni. sbb lain ada Turbo dan member opis pun beria2 nak tengok sbb dia teringin nak tukar Vios dia.


Kereta Utk Di Test drive

Belakang

Hanya sebuah shj dlm showroom Premium Model 

Setelah melihat kereta di luar aku masuk dlm showroom ada sebuah shj. Aku pun tengok dashboard dan duduk di tempat pemandu dan penumpang belakang. Aku rumuskan ia agak selesa dgn saiz aku yg sederhana. Selesa utk pemanduan dan 2 org penumpang di belakang. Kalau 3 org di belakang mungkin seorang itu saiz kecil. Headroom pun okak, legroom pun panjang. Kira selesa la utk org2 malaysia.

Tempat duduk penumpang belakang.

Dashboard, pedal shift, AT&M mode, push button start. 

Sedara ni badan agak besar. Tapi kata dia OK. Seat dia tolak maksimum ke belakang.

Setelah duduk dan pegang, aku tanya salesman mengenai tempahan dan que. Dia kata buleh tempah. Tapi mungkin bulan Julai atau Ogos akan dapat. Yg mana tempahan sblm pelancaran akan dpt bulan May & Jun. Aku tanya harga utk model yg ada dlm showroom, katanya ini model premium yg paling mahal RM72K. Siapa yg biasa beli proton mesti biasa dgn Low Spec, Mid Spec & High Spec. Sbb tu buleh zero downpayment. He he.

Berkerut member aku, aku pun ingat ini model pertengahan, Selain pedal shift & start button. Tiada Leather Seat. Dan plastik2 nampak lekeh sangat. Mungkin sbb mentaliti aku kalau plh mahal dan premium mesti la Leather Seat, tapi pakai fabrik yg tak serap air. Ia mahal dari model biasa sbb ada turbo. 

Aku pun tertanya2, premium patutnya semuanya mesti nampak klass. "Leather Seat"


Aku dan member aku meninggalkan showroom tersebut dgn pemikiran terkejut. Member aku yg berkira2 nak ganti Vios dia pun tak paham kenapa Model Premium nampak mcm model pertengahan. Kata dia trim pintu patutnya lebih cantik, buat la dual tone sama dgn dashboard. Seat kena di buat dari leather. Rim besi masuk yg gempak sikit.

Bagi aku, tak kisah la. Kancil aku ada lagi. Janji sampai tempat kerja on time!.

Wasalam.
Photo-abmh, Sony X10.






No comments:

Post a Comment