Sunday, 25 March 2012

Bandaraya Shah Alam, Shah Alam Sentral

Salam Semua.

Dah hampir dua puluh tahun duduk di area Shah Alam ni. Dari zaman student sampai sekarang dah beranak pinak. Dulu2 nak balik kampung ambik bas di Sek 17 Shah Alam. Zaman tu tunggu bas bawah pokok. Sekarang ni, dengan kemajuan dan zaman digital yg dasyat Stesen Bas Sek 17 masih macam tu jugak. Dengan tempat pengangkutan awam yang di pusatkan. Centralized. Atau pun yang popular sekarang ni Sentral. Di lembah Klang kita ada KL Sentral & Klang Sentral.Tapi di Bandaraya Shah Alam masih lagi tiada pusatnya. Walaupun selalu datang ke sini, samada balik kampung (drive sorang rugi-naik bas), hantar atau ambik sedara mara, baru ni aku teringat nak menulis pasal stesen bas yg banyak kenangan & jasa kepada aku ni.

Ni gambar2 aku sempat ambik semasa hantar sedara balik kampung minggu lepas. Patut naik pagi tapi bas rosak, so tukar naik malam. Tapi tu cerita lain. 


Stesen Bas Sek 17, Shah Alam. Open tak berbumbung.

Berani Akak ni dgn anak2 jalan celah celah bas. Bila di tanya nak kemana, Akak hantar emak naik bas di sebelah sana. 

Sambil tunggu bas. Mana nak duduk ni. Bediri je lah. Nak Selesa ada air-cond, naik kat klang Sentral. atau Jalan Duta. Tapi Bayar Tol La. Walaupun panas. Kena tunggu jugak.

Walaupun terbuka, asap bas tu terhidu jugak oleh mereka2 yg duduk dekat pangkin besi tu.

Naik Bas situ, parking kereta pun situ jugak. Caca-merba sistem.

Abang tu nak pegi ke kereta dia. Tapi aksi lalu depan bas ni dah biasa kat Stesen ni.

Tempat Bas ambil penumpang, Tapi buleh parking kereta jugak. 

Bediri Jugak la malam2 ni. Alhmadullillah, cuaca baik. Tak hujan.

Ada khemah, tapi tu Kedai Makan punya, tumpang duduk sekejap sementara bas sampai.

Tak tahulah sampai bila warga bandaraya Shah Alam, terpaksa melalui keadaan begini bila hendak menggunakkan kemudahan awam. Harap2nya keadaan akan berubah dalam masa yang terdekat. Shah Alam dah jadi bandaraya pada 10 Oktober 2000*. Sudah 12 tahun. Kenapa kemudahan yang asas begini masih lagi tiada? Mungkin ramai orang kaya tak naik bas. Jawapannya ada pada mereka2 yg bertanggung jawab.

Wasalam semua, 

*Wilkipidia.
Photo2 kepunyaan sediri-S2950 & X10.







No comments:

Post a Comment