Saturday, 31 March 2012

Kemalangan Dirt Bike di Trek.

Assalamuailaikum,

Selalu aku pergi trek di Shah Alam ni. Tengok orang muda2 main dirt bike. Trek ni di tumpuan kaki2 motor lasak setiap hujung minggu untuk menunjukkan kehandalan mereka. Aku pulak ambik gambar la. Hari ni ada eksiden, tak sempat ambik gambar. Aku sampai je budak tu dah terbaring kat tanah. Ceritanya dia terbabas, jatuh muka dulu pass tu motor hempap badan.





Motor kaler biru.

Sukur dia tak parah, hanya siku terkehel, dia org bawak pegi hospital utk rawatan lanjut. Jadi hari ni tak ada la aksi. Tapi minggu2 sblm tu aku ada lepak sana dan ada ambik aksi2 budak2 ni. Kira dasyat jugak. Aksi hang-time yg budak2 motor ni buat.



Aksi-aksi di udara.

Boleh di sewa dgn kadar yg berpatutan.

Wasalam. Jumpa lagi.

semua photo-abmh-S2950,x10 & A440.










Monday, 26 March 2012

Polimer RM 5.00 note.

Salam Semua,

Duit polimer lima hinggit. Ada skandal dulu Bank Negara dgn Kompeni Australia. Tapi tak berapa ingat pulak. Yang aku tau duit polimer ni tahan air. KAlau termasuk dlm mesin basuh, tak rosak. Kalau bawak masuk dlm air waktu mandi laut ke sungai ke, tak basah. Kira seluk dalam poket seluar keluar Rm5 note ni terus buleh beli ais krim la. He he.

Tapi yang lecehnya senang koyak. Kalau korang perasan dalam 2-3 note RM5 nie mesti ada yg dah terkoyak, dah di salotipkan, Kadang2 tak perasan bila dapat baki. Aku ada dapat duit yg koyak ni, tapi dah di tampal dengan salotip. Pastu aku pulak mengoyakkannya dgn tak sengaja. Jadi aku pun tampal balik.


Duit yg terkoyak.

Dah pun bertampal dgn salotape.

Bahagian yg aku tampal sendiri.

Jadi aku pun pergi pasar malam nak tengok dia orang ambik tak duit ni. Beli air dapat baki 4 hinggit. So tak kisahlah. Tapi kalau aku perasan aku tak ambik la. Kalau korang mcm mana. Sbb bila nak bayar ada jugak kedai tak ambik, "dah koyak-customer tak nak duit koyak" kata pekedai. Senang buat byr tol. Sure dia ambik.

Wasalam, jumpa lagi.

semua photo abmh-s2950



Sunday, 25 March 2012

Bandaraya Shah Alam, Shah Alam Sentral

Salam Semua.

Dah hampir dua puluh tahun duduk di area Shah Alam ni. Dari zaman student sampai sekarang dah beranak pinak. Dulu2 nak balik kampung ambik bas di Sek 17 Shah Alam. Zaman tu tunggu bas bawah pokok. Sekarang ni, dengan kemajuan dan zaman digital yg dasyat Stesen Bas Sek 17 masih macam tu jugak. Dengan tempat pengangkutan awam yang di pusatkan. Centralized. Atau pun yang popular sekarang ni Sentral. Di lembah Klang kita ada KL Sentral & Klang Sentral.Tapi di Bandaraya Shah Alam masih lagi tiada pusatnya. Walaupun selalu datang ke sini, samada balik kampung (drive sorang rugi-naik bas), hantar atau ambik sedara mara, baru ni aku teringat nak menulis pasal stesen bas yg banyak kenangan & jasa kepada aku ni.

Ni gambar2 aku sempat ambik semasa hantar sedara balik kampung minggu lepas. Patut naik pagi tapi bas rosak, so tukar naik malam. Tapi tu cerita lain. 


Stesen Bas Sek 17, Shah Alam. Open tak berbumbung.

Berani Akak ni dgn anak2 jalan celah celah bas. Bila di tanya nak kemana, Akak hantar emak naik bas di sebelah sana. 

Sambil tunggu bas. Mana nak duduk ni. Bediri je lah. Nak Selesa ada air-cond, naik kat klang Sentral. atau Jalan Duta. Tapi Bayar Tol La. Walaupun panas. Kena tunggu jugak.

Walaupun terbuka, asap bas tu terhidu jugak oleh mereka2 yg duduk dekat pangkin besi tu.

Naik Bas situ, parking kereta pun situ jugak. Caca-merba sistem.

Abang tu nak pegi ke kereta dia. Tapi aksi lalu depan bas ni dah biasa kat Stesen ni.

Tempat Bas ambil penumpang, Tapi buleh parking kereta jugak. 

Bediri Jugak la malam2 ni. Alhmadullillah, cuaca baik. Tak hujan.

Ada khemah, tapi tu Kedai Makan punya, tumpang duduk sekejap sementara bas sampai.

Tak tahulah sampai bila warga bandaraya Shah Alam, terpaksa melalui keadaan begini bila hendak menggunakkan kemudahan awam. Harap2nya keadaan akan berubah dalam masa yang terdekat. Shah Alam dah jadi bandaraya pada 10 Oktober 2000*. Sudah 12 tahun. Kenapa kemudahan yang asas begini masih lagi tiada? Mungkin ramai orang kaya tak naik bas. Jawapannya ada pada mereka2 yg bertanggung jawab.

Wasalam semua, 

*Wilkipidia.
Photo2 kepunyaan sediri-S2950 & X10.