Assalamualaikum semua.
Sejak bila aku minat ambik gambar ni tak tau la. Mungkin sebab x der kerja kut. Sekarang ni semenjak2 taun lepas ni mana pergi bawak kamera. Melawat orang sakit pun ambik gambar. Kamera2 aku ialah h/p X10 dgn Fuji S2950. Super zoom, Point & Shoot. Nampak mcm DSLR, tapi kecil. Tak la mahal mana pun tak sampai RM800 pun campur SD kad & Beg. So kalau korang perasan aku upload gambar tu ialah hasil dari aku merayau2 dan cuba2 manual settings kamera. (kebanyakkan nya tak jadi) so aku set auto mode.
Fuji Finepix S2950 Bridge Camera 18X Zoom, 14mgpixel
ini pakai camera point & shoot Canon Power Shot A440 5mgpixel (beli 6 taun dulu RM 500.00)
Ini pakai h/p sony xperia X10. 8mgpixel
ini pakai kamera fuji S2950. Buleh nampak beza nya. Sbb tu kena beli DSLR.
Ni la Kamera Aku. P&S Super Zoom @ Bridge Camera. X18 zoom, 14 megapixel, manual mode, SR mode dan buleh ambil multiple shoot per second. (tengok tulisan aku pasal dirt bike). Fuji banyak keluarkan super zoon kamera ni. Ada yg zoom x30. Harga pun lebih mahal. Canon, Nikon, Olympus, Panasonic Sony dll. pun ada keluar super zoom jugak,
Kualiti kamera2 ni bagus. Cuma kualiti gambar dia agak kurang sikit sbb sensor kecik. Jadi noise dia agak ketara. Cara selamat ialah guna auto mode. Tapi imej nya masih tak sama mcm kualiti gambar yg diambil guna kamera DSLR, kerana sensornya lebih besar.
Ingat nak beli DSLR, baru real. Tapi guna kamera tu pun ok jugak. Saiz yg kecil senang di bawa kemana2, dan menggunakkan bateri AA. Kalau bateri habis, pegi beli kat 7-E @ stesen minyak. Kira aku ni hobi ambik gambar, Kamera Fuji ni sebagai alat utk aku belajar apa itu Shutter Speed, Aparture, setting exposure, 3rd rule dll. Utk hasilkan shot yang menarik & baik ialah melalui trial and error. Sebenarnya guna kamera yg murah dan simple mcm ni pun buleh hasil kan gambar yg selalu kita jumpa dlm majalah & akhbar.
Persoalan yg bermain di minda aku sekarang ni ialah nak beli yang mana satu Canon atau Nikon. Research dlm internet sudah, tengok youtube sudah. Tinggal nak beli shj. Ada jugak tanya member2 yg ada DSLR ni. Tapi mereka ni hanya setakat ambik gambar time kenduri dan majlis sekolah. Ada yg pro guna Olympus. Bila tanya yg mana satu dia kata semuanya sama shj. Bukan kamera yg penting tapi org yang guna kamera tu yang bagus. Ialah dia dah bayar beribu2 utk beli pro DSLR pegi kursus photograpi.
Nikon D3100 beginners entry level DSLR. RM 1999.99 (+ -)
Canon 1100D beginners entry level DSLR RM 1899 + -
Next thing to do ialah pegi kedai dan test sendiri. Yang mana sesuai. Tengok dari segi design Nikon tu nampak gempak sikit. Dari review dlm internet D3100 kelebihannya ialah video mode sbb autofokus video dia lebih baik dari 1100D. Yang lain2 tu lbh kurang sama. Dlm minggu ni aku nak pegi survey dulu di area shah alam ni, Yg mana plg sesuai dgn aku dan juga harga. Ataupun beli 2nd hand dlm RM1500++, buleh jugak tambah lens.
Jadi aku ikut nasihat blogger2 photographer ni. Research dulu, tanya kawan2, dan testing sblm beli. Sbb DSLR ni plg murah dekat2 RM2000.00, plasma & LCD full HD 42'' pun tak sampai 1800.00.
Dan soalan yg paling susah aku nak jawab nanti ialah, bila Bini tanya kenapa beli kamera sampai RM2000.00 ni. Banyak Duit! Mcm org kaya pulak belanja ni. Hobi hobi, nasib baik hobi ambik gambar, buatnya hobi dangdut, dgn no.ekor lagi la haru. Atau hobi yg tgh hot sekarang, PEGI URUT kat puchong.
Wasalam, jumpa lagi-
ambh-google imej, x10, A440, S2950